Showing posts with label Sekadar Pandangan. Show all posts
Showing posts with label Sekadar Pandangan. Show all posts

Friday, 22 July 2011

LELAKI LEBIH BANYAK ALAMI BARAH HATI

Kajian oleh University Hong Kong mendapati bahawa hormon seks adalah penyebab mengapa orang lelaki lebih tinggi risiko untuk dijangkiti barah hati.  Kajian itu menunjukkan bahawa barah hati terlebih aktif ketika penerima protin mengambil alih salah satu dari baka dalam badan manusia.

Sebenarnya, aku tak berapa faham sangat.  Tapi memang statisitik  membuktikan bahawa barah hati adalah pembunuh ketiga paling merbahaya.  Statistik juga menunjukkan bahawa ia lebih fatal pada lelaki.

Nampaknya orang lelaki mesti mengambil langkah lebih berhati-hati.  Sekurang-kurangnya kita kena sering bawa periksa ke doktor.

Wednesday, 29 June 2011

KECUH PASAL BERSIH

Semakin sehari aku rasa begitu ramai orang yang cuba menggelirukan orang ramai.  Memang kecuh betul!

Kalau dilihat dari segi agendanya tak ada apa yang nampak mengancam ketenteraman.  Tapi semakin diputar-belit semakin sulit jadinya.

Memang aku cakap pasal perhimpunan Bersih yang bakal diadakan itu.  Aku memang tak nampak apa ancamannya.  Apa yang lebih mengancam ialah tentangan terhadapnya.