Friday 22 July 2011

LELAKI LEBIH BANYAK ALAMI BARAH HATI

Kajian oleh University Hong Kong mendapati bahawa hormon seks adalah penyebab mengapa orang lelaki lebih tinggi risiko untuk dijangkiti barah hati.  Kajian itu menunjukkan bahawa barah hati terlebih aktif ketika penerima protin mengambil alih salah satu dari baka dalam badan manusia.

Sebenarnya, aku tak berapa faham sangat.  Tapi memang statisitik  membuktikan bahawa barah hati adalah pembunuh ketiga paling merbahaya.  Statistik juga menunjukkan bahawa ia lebih fatal pada lelaki.

Nampaknya orang lelaki mesti mengambil langkah lebih berhati-hati.  Sekurang-kurangnya kita kena sering bawa periksa ke doktor.

Monday 4 July 2011

TUKAR LANGSIR BARU

Hari ini tiba-tiba saja ingat nak tukar langsir blog.  Tapi tercari-cari corak yang berkenan di hati.

Lama sangat mencari sampai naik pening pula.  Jadi, hujungnya bila corak ini dulu la.