Monday 28 November 2011

HUJAN OH HUJAN

Dah beberapa hari ni hujan turun setiap hari di KL dan PJ juga.  Ada hari siap dengan guruh dan petir lagi.

Apabila sudah tiba musim hujan begini kebanyakan kita malas nak ke mana-mana.  Memang malas betul nak pergi jalan.  Bila cuti pun lepak di rumah saja.

Kebetulan cuti hujung minggu ni panjang pula kerana cuti umum 1 Muharram.  Aduh!  Naik biul dibuatnya!

Tapi semalam tu bagus juga kerana ada beberapa rancangan TV mengenai isu-isu agama bersempena Maal Hijrah.  Hari ni dah boring balik!

Wednesday 2 November 2011

BERSIAP RAYA BERSIAP BANJIR JUGA

Nampaknya tak jadi kami sekeluarga balik berhari raya korban di kampung.  Dengan amaran mengenai banjir yang diberikan, eloklah dielakkan pergi ke tempat-tempat berkenaan.

Jadi raya di KL saja.  Emak yang paling kecuh kerana banyak hal yang tiba-tiba terpaksa dilakukan!

Sunday 9 October 2011

BELANJA DI PASAR MALAM

Anak-anak buah tiba-tiba saja minta aku bawaka mereka ke Pasar Malam.  Hari ini tak dapat mengelak lagi.  Jadi aku bawa saja mereka.

Macam-macam mereka nak makan. Bila dah berada di sana mereka kata mereka nampak Alif ke siapa ke nama yang turut menjadi pengajar dalam program Astro tu.

Mereka nampak selebriti ini membeli makanan tertentu, dan mereka nak juga makanan yang seperti itu.  Pendeknya, macam-macam yang mereka mahu beli seolah-olah perut mereka adalah sebesar tempayan.

Mereka mahu jagung bakar dan rebus, juga popia, kebab, ayam goreng, roti John, vade dan entah apa-apa lagi.  Habis jugalah hampir RM200.  Bila balik rumah hampir separuh tak termakan kerana di rumah juga sudah ada makanan.

Thursday 15 September 2011

TERLEBIH BERAYA

Kita diberkati dengan rahmat dan rezeki yang baik dan dapat juga bermewah-mewah makan dan pakai.  Tahun ni, rasanya keluarga kami sudah terlebih belanja.

Papa baru saja mendapat wang hadiah perkhidmatan serta juga hadiah khas setelah pencen.  Jadi semua dapat merasalah limpahan rahmat tu.  Semua manjakan diri membeli pakaian.  Persediaan beraya juga lebih dari biasanya.

Kiranya tahun ini kami sekeluarga terlebih berbelanja.  Begitu juga semua terlebih beraya.

Semalam semasa menghadiri majlis doa selamat, penceramah telah menyentuh tentang hal ini.  Rasa bersalah pula!

Wednesday 31 August 2011

UCAPAN RAYA

▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩ஜ۩ஜ۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR BATIN

▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩ஜ۩ஜ۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬

Wednesday 3 August 2011

SELAMAT BERPUASA

Sudah masuk tiga hari kita berpuasa wajip di bulan Ramadhan yang mulia tahun ini.  Perit juga rasanya sebab cuaca panas dan sistem badan baru tengah mencari kesesuaian.
 
Tapi insya Allah, semuanya dapat dilalui dengan baik.  Kita memang mendambakan ganjaran pahala yang begitu amat baik yang dijanjikan untuk kita.
 
SELAMAT BERPUASA
 
Semoga kita terus diberkati dengan umur yang panjang. Semoga dapat menyempurnakan Ramadhan tahun in dengan lebih baik lagi dari sebelumnya. Amin, ya Rabbal 'alaamin.